BERSIH... Nampaknya semua hati "bersih". Dari DYMM. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, institusi yang paling atas dalam struktur kehidupan bernegara di Malaysia hingga kebawah, rakyat jelata yang dipimpin oleh pimpinan organisasi masing-masing telah menunjukkan hati "bersih" mahu memurnikan negara.
PAS, Pemuda UMNO, PKR dan Perkasa telah menunjukkan matlamat masing-masing. Yang paling radikal dalam mengutarakan matlamat masing-masing ialah Perkasa. Yang mula-mula 'buat kacau' ialah Presiden Perkasa. Kemudian diikuti dengan Pemuda UMNO yang nak tunjuk 'hero'.
Sebenarnya, UMNO amat takut dengan perhimpunan BERSIH. Perkasa pun demikian. Lalu BERSIH wajib dihalang kemaraannya. Perhimpinan 9 Julai mesti digagalkan. Jika rakyat seramai 2.0 juta dapat berhimpun maka persepsi dan fikrah rakyat Malaysia akan berubah.
Macam-macam provokasi, tekanan dan ugutan yang dilakukan terhadap BERSIH. Tahniah kepada para pemimpin BERSIH yang tegas dalam menjalani liku-liku perjuangan BERSIH.
Apa akan jadi kerana 9 Julai telah ditetapkan berbagai syarat oleh pihak PDRM. Untuk berhimpun di kota raya telah 'digagalkan' dan tercapai matlamat UBN. Alternatif untuk perhimpunan dibuat di Stadium Merdeka juga telah dihalang. Sejarah 'kemuliaan' Stadium Merdeka digembar-gembur. Dikaitkan dengan sejarah pembinaan sebelum merdeka untuk menggambarkan kemuliaan tersebut.
Kini akan dikotori oleh BERSIH yang kerjanya mengancam keselamatan negara konon. Para pemimpin BERSIH, PAS, PKR, Pemuda UMNO dan Perkasa tak dibenarkan pula masuk Kuala Lumpur.
Pelik Malaysia... Pelik pemimpinnya... Pelik !!!. Kena BERSIHkan dalam PRU 13 nanti. Kalau diserahkan mandat kepada pemimpin Malaysia yang ada maka Malaysia tetap akan KOTOR !
No comments:
Post a Comment
Dengan matlamat menuju kearah pemurnian dalam kehidupan berpaksikan kebenaran maka ulasan amat-amat dialu-alukan. Harapannya kita sama-sama membina matlamat ini. Ulasan yang terkeluar dari matlamat disiarkan juga kerana semuanya tidak sia-sia dijadikan. Namun ulasan yang membina matlama amat-amat dialu-alukan kerana semuanya berfaedah, ukuran dan ganjaran.