Rakyat yang merasa tertekan dengan ketidakadilan UBN tentu akan marah dengan tindakan terkini parti pemerintah yang 'bermain' dengan rakyat. Rakyat yang mahu berhimpun telah mengisytiharkan bahawa perhimpunan itu akan diolah secara aman. Dinamakan perhimpunan itu perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang bererti bahawa perhimpunan itu akan diadakan secara aman dengan diharapkan penyertaannya seramai 2.0 juta dari sebahagian kecil rakyat Malaysia.
Apa yang penting yang hendak disampaikan oleh pihak BERSIH ialah untuk mempersembahkan memorendum kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agung. Kandungan memorendum itulah yang menjadi bahan perkiraan tertinggi pihak pemerintah UBN.
Kandungan memorundum itulah yang menjadi talian hayat UBN. Talian hayat itu telah diterima pakai selama 54 tahun. Selama 54 tahun memerintah dari Tanah Melayu hingga ke Malaysia dengan talian itulah. Dengan talian hayat itulah UBN menipu rakyat.
No comments:
Post a Comment
Dengan matlamat menuju kearah pemurnian dalam kehidupan berpaksikan kebenaran maka ulasan amat-amat dialu-alukan. Harapannya kita sama-sama membina matlamat ini. Ulasan yang terkeluar dari matlamat disiarkan juga kerana semuanya tidak sia-sia dijadikan. Namun ulasan yang membina matlama amat-amat dialu-alukan kerana semuanya berfaedah, ukuran dan ganjaran.