Monday, 11 July 2011

Murnikan Otak Kita

Kali pertama saya mengunjungi blog  http://azmykelanajaya.blogspot.com/  .  Salam ...kepada saudara Azmy.  Nanti saya akan ke FB beliau iaitu Azmy Awang Kelana Jaya.

Yang menariknya saya mempunyai persamaan dengan saudara Azmy. Apakah dia persamaan itu ? Rasanya tak penting untuk dicatat disini. 

Walaupun ada persamaan, namun ada juga perbezaannya. Biasalah !.  Dalam blognya saya menurunkan reaksi saya pada pandangan saudara Azmy . Untuk memahami pandangan saudara Azmy cukup mudah bila melihat tajuk pada blognya pada 11 July 2011 hari Isnin yang tertera, "CINA TAK PERNAH BERSYUKOR HIDUP DTANAH MELAYU !!! tuiHH !!.

Komen saya yang saya catat disini untuk supaya menjadi rekod  blog saya iaitu:
Lebih baik Cina menzahirkan pendiriannya dari   memendam rasa yang bahayanya mungkin akan mewujudkan kerja rahsia.  
Selama mana kita boleh menyekat orang yang berilmu menyembunyikan pendiriannya. 
Yang terbaiknya Melayu yang kedepan  membaiki negaranya melalui demokrasi yang ada. 
Kenapa nak nak disekat kearah kebaikan bersama ?. 
Pelik Melayu UMNO menggunakan otaknya. 
Untuk membendung kebangkitan yang lebih besar yang terbaiknya UBN menilai dan buat perubahan.
Layan apa yang dituntut walaupun tak semua.
Jangan kutuk rakyat ( PAS, PKR, DAP ) .....jangan angkuh.
Orang lain pun belajar.... cerdik juga. 
Combine cerdik rakyat dan pemerintah apa salahnya ?

Itulah reaksi saya di blog saudara Azmy Awang Kelana Jaya.
  

No comments:

Post a Comment

Dengan matlamat menuju kearah pemurnian dalam kehidupan berpaksikan kebenaran maka ulasan amat-amat dialu-alukan. Harapannya kita sama-sama membina matlamat ini. Ulasan yang terkeluar dari matlamat disiarkan juga kerana semuanya tidak sia-sia dijadikan. Namun ulasan yang membina matlama amat-amat dialu-alukan kerana semuanya berfaedah, ukuran dan ganjaran.