Wednesday, 8 June 2011

Bersama Memurnikan Kehidupan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam

Segala Puji-Pujian kehadrat Ilahi, Yang Maha Sempurna, Tuhan Sekelian Alam.  Selawat dan Salam kepada junjungan baginda Rasulullah SAW.  afhdalul makhluqat, insan yang membawa rahmat kesekelian alam serta para ahlil bait dan sahabat baginda radiallahu 'anhum ajmain yang bersama memperjuangkan Islam, deen-ul-haq dan kepada para pengikutnya, ahli sunnah wal jamaah disekelian alam hingga keakhir nanti. Amin.

Sempena bulah Rejab yang mulia ini saya memulakan BERSAMA MEMURNIKAN KEHIDUPANDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Bila Rejab adalah salah satu dari program Allah SWT untuk memurnikan insan. Rasulullah SAW adalah segalanya dalam usaha memurnikan kehidupan insan. Baginda diutuskan sebagai "pembawa rahmat kesekelian alam"  "....subhanalLAH...."

Bersama Memurnikan Kehidupan adalah bersumber dari suatu kesedaran dan keinsafan serta harapan yang tinggi.  Dari suasana itu muncullah suatu seruan.  Saya menyedari bahawa kehidupan ini tidak boleh bersendirian. Kita saling memerlukan.  Yang telah berada dalam kesedaran dan keinsafan bererti telah membina harapan. Ia suatu kejayaan. Al-Hamdulillah.

Saya menyeru diri saya  moga-moga kehidupan saya sekarang didunia ini benar-benar murni.  Juga saya menyeru supaya kehidupan anda juga benar-benar murni.  Kita jadikan diri kita bersama-sama murni. Jadikan diri kita sama-sama berada dalam suatu kesedaran dan keinsafan yang menumbuhkan harapan yang mulia. 

Moga-moga diri kita berada dalam kerohanian yang berasaskan suatu keikhlasan yang tinggi dan sebenarnya.   Tanpa keikhlasan tidak akan muncul kebaikan. Gagallah proses dan pembentukan pemurniaan. 

Akhirnya gagallah kehidupan.  Tiada kedukacitaan jika gagal didunia tetapi yang ditakuti dan dibimbangi ialah kegagalan dan kehancuran diakhirat nanti.  Persoalan akhirat adalah persoalan masa depan yang sebenarnya.  Antara kita terdapat mereka yang tidak meyakini dan sensitif dengan akhirat. 

Sedangkan akhirat adalah tunjang.  Allah SWT memerintahkan agar kita menjadikan akhirat sebagai tunjang kehidupan kita.  Lalu fahamlah kita bahawa tunjang kemurnian ialah akhirat.

Pembinaan fikiran dan hati yang sentiasa keakhiratan adalah suatu pembinaan yang bukan mudah.  Pembinaannya memerlukan jiwa dan fikiran yang bersih dan suci....murni.  Saya menyeru diri saya dan anda bersama memurnikan diri.

Dari fikiran dan hati dengan penuh kesedaran dan keinsafan kita bersama mengharungi cabaran keduniaan. Cabaran yang ada dimana-mana disetiap  penjuru kehidupan.  Kita murnikan aktiviti kita dalam segenap hal dan keadaan. InsyaAllah.

Murninya hati dengan 'rumah Allah' menjadi asas pembinaan selepas menerima dan mengaku ketuhanan Allah.   Atas kefahaman inilah saya memasukkan gambar 'rumah Allah' di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan diatas  dan menara Masjid Perpaduan di Rantau Panjang, Kelantan Darul Naim sebagai penarik hati dan fikiran menuju kemurnian

Selamat menuju kemurnian dalam kehidupan. Amin
  

No comments:

Post a Comment

Dengan matlamat menuju kearah pemurnian dalam kehidupan berpaksikan kebenaran maka ulasan amat-amat dialu-alukan. Harapannya kita sama-sama membina matlamat ini. Ulasan yang terkeluar dari matlamat disiarkan juga kerana semuanya tidak sia-sia dijadikan. Namun ulasan yang membina matlama amat-amat dialu-alukan kerana semuanya berfaedah, ukuran dan ganjaran.