Friday, 10 June 2011

Perkasakan PAS: Memurnikan PAS - [ ii ]

Muktamar PAS Ke - 57,  3 hingga 5 Jun, 2011 walaupun telah berlalu  tapi masih rancak diperbincang tentangnya samada didalam atau diluar PAS. 

Sempena bulan yang dianugerahi Allah SWT dengan Isra dan Mikraj ini saya juga ingin mengambil bahagian melontar idea dengan tujuan bagi memperkasa dan memurnikan gerakan PAS

Surah al-Mulk ayat 2, bermaksud, "DIA yang telah mentakdirkan mati dan hidup kamu untuk  menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Ia [ Allah ] Maha Kuasa [ membalas amal kamu ], lagi Maha Pengampun [ bagi orang-orang yang bertaubat ]".


Ayat yang menjadi dasar dan panduan untuk memurnikan kehidupan orang-orang yang beriman apatah lagi orang yang berjihad dijalanNya ini perlu difahami dengan penuh keikhlasan untuk menggerakkan gerakan PAS.

Timbalan Presiden PAS yang baru dalam ucapan penangguhan mengesyorkan supaya Majlis Syura Ulama diperkasa dan dinaikkan martabat dengan memberi kuasa mengaudit dan pengawasan setiap ahli kepimpinan PAS termasuk akhlak dan prestasi kerja mereka.

Demi untuk menterjemah dan melahirkan, "...siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya..." yang merupakan saranan yang terbaik dari Allah SWT maka syor Mohamad Sabu itu patut disambut dan diambil perhatian yang tinggi  sebagai "amalan yang ...(ahanu)..sebaiknya" demi untuk mewujudkan suatu suasana akhlak dan prestasi kerja yang 'ahsanu' dalam harakah PAS.


Dalam akhbar HARAKAH Bil 1647, 8 - 10 Rejab 1432 / 10 - 12  Jun 2011, melapurkan bahawa Dr. Harun Din menyambut baik syor Mohamad Sabu itu.  Zahir alasan dilidah Mohamad Sabu dalam ucapannya sebagaimana lapuran HARAKAH bahawa, ekoran banyak tanggapan mendakwa kumpulan ulama sudah terhakis diperingkat kepimpinan PAS Pusat selepas berlakunya perubahan pucuk pimpinan dalam pimpinan kali ini, maka 'penambahan kuasa' kepada Majlis Syura Ulama di cadangkan.

Benar pandangan dan harapan  Mohamad Sabu bahawa, "PAS meletakkan ulama paling tinggi dalam Majlis Syura Ulama dan mereka inilah yang akan memproses ahli PAS menjadi pejuang sebenarnya". 

Jelas Muhamad Sabu,  "Parti lawan hanya mengangkat ulama duduk dalam biro ( lajnah ) sahaja" yang merupakan penjelasan dan perbezaan dasar antara dua parti PAS dan UMNO.

Selain bersetuju dengan saranan Timbalan Presiden PAS  itu akan  dengan hujjah yang saya akan kemukan akan datang  ...insyaAllah, saya juga   mempunyai ilham untuk memurni dan  memperkasakan PAS dengan menyatakan bahawa PAS perlu:
[1]  Menambah jumlah bilangan Naib Presiden kepada enam dan
[2]  Menambah sebuah dewan lagi iaitu Dewan Profesional PAS Malaysia.
[3]  Polisi tetap terhadap jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS

Juga hujjah kepada cadangan ini akan dikemukakan dalam siri-siri 'Memurnikan PAS' akan datang...insyaAllah.

Sesungguhnya, setiap mereka yang  memahami Islam dan perjuangannya sentiasa bersedia untuk memikirkan bagaimana untuk memurni dan memperkasakan PAS. 

Seharusnya, hanya keikhlasan yang menjadi asas kepada ' ahsanul 'amalan ' ini.

No comments:

Post a Comment

Dengan matlamat menuju kearah pemurnian dalam kehidupan berpaksikan kebenaran maka ulasan amat-amat dialu-alukan. Harapannya kita sama-sama membina matlamat ini. Ulasan yang terkeluar dari matlamat disiarkan juga kerana semuanya tidak sia-sia dijadikan. Namun ulasan yang membina matlama amat-amat dialu-alukan kerana semuanya berfaedah, ukuran dan ganjaran.