Dari PAS Kawasan kepada PAS Perhubungan Negeri. Seterusnya sampai keperingkat PAS Pusat. Akhir sekali sampai ke Muktamar Tahunan PAS, medan perbincangan yang tertingi.
Bila dipersetujui maka akan dinaikkan ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka yang berada dalam organisasi PAS saya yakin mereka sentiasa mempunyai ilham-ilham yang baik untuk perjuangan Islam.
Namun kerana terpaksa melalui tahap-tahap tertentu maka ilham tersebut jadi terbatas. Dan ini sebahagian dari disiplin yang baik dalam sesebuah organisasi. Keterbatasan bukan menjumudkan cuma mereka yang berada diluar terpaksalah berbuat begini. Untung dapat bincang bersama seandainya terpandang kepada yang berminat.
Sedangkan ilham yang baik itu kadang-kadang muncul ketika kehangatan isu tertentu ditambah lagi kadang-kadang ilham untuk kebaikan PAS itu muncul dari mereka yang tidak berada diposisi yang diiktiraf PAS sedangkan mereka adalah pencinta kepada perjuangan PAS.
Mana-mana cadangan pasti mempunyai sebab kepada suatu cadangan itu. Diharap Mohamad Sabu ikhlas, murni jiwanya tanpa dipengaruhi elemen-eleman luar untuk menaikkan martabat Majlis Syura Ulama itu.
Dalam politik, jalan dan cabangnya amat banyak. Kadang-kadang bahasanya cantik tetapi punya tujuan untuk 'memotong atau mengerat' pihak lain !!. "Nauzubillahi minzalik". Saya tidak mahu membesarkan perbincangan tentang amalan tidak baik itu dan saya tidak menyifatkan demikian kepada Timbalan Presiden PAS. "Minta maaf abang Mad, jangan terasa pula".
Satu cadangan boleh di terjemah dan ditafsirkan dengan berbagai terjemahan dan tafsiran. Tak terkecuali cadangan Mohamad Sabu ini. Saya amat bersetuju cadangan dan hujjah beliau dihari akhir Muktamar Ke - 57 itu.
Seandainya cadangan Mohamad Sabu itu benar maksud dan tafsir sebagaimana yang dilafazkannya iaitu bukan bertujuan untuk meletakkan Majlis Syura Ulama 'dalam peti sejuk' dan dengan berada ditempat yang tinggi menjadikan Majlis Syura Ulama sentiasa kesejukan lalu kaku dan beku. Hanya meneropong dari atas semata.
Jika demikian keadaannya, maka tentunya PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat akan dikuasai oleh mereka yang selain dari latarbelakang pengajian agama atau keulamakan. Inikah hasrat tersirat Mohamad Sabu ?
Ukuran dan nilaian pencapaian kerja Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dinilai oleh Majlis Syura Ulamak dari sudut halal dan haram semata. Majlis Syura Ulama diminta duduk diam selagi tidak melakukan yang haram. Majlis Syura Ulamak hanya menjadi 'orang tua' yang hanya 'patut ada' dan hadhir dalam majlis tapi tidak buat kerja pun tidak mengapa.
Benar amalan demikian. Nampaknya telus tapi dengan amalan ini maka akan muncul masalah lain pula dalam PAS antara Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Untuk memajukan PAS maka PAS perlu disusun, dijaga dan digerakkan oleh semua pihak semaksima mungkin.
Oleh yang demikian, salah satu penyelesaiannya ialah kepada cadangan saya iaitu dengan penambahan anggota Naib Presiden dan polisi khusus untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Cadangan ini akan dibincangkan akan datang dalam 'Cadangan Saya - Memurnikan PAS [ iv ]' ...insyaAllah
Suasana disalah satu lokasi yang di sekitar Parlimen Kuala Terengganu yang diwakili oleh YB. Abdul Wahid Endut, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, pemimpin masa depan PAS Terengganu yang telah mengalahkan Che Wan yang hilang entah kemana tak kedengaran dan kelihatan batang hidung.
Kesian, sebelum bertanding di Kuala Terengganu ini telah berada di peringkat tinggi tapi itulah yang dikatakan pengorbanan... terkorban !. Peluang untuk muhasabah...untuk memurnikan kehidupan dengan al-Haq...insyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Dengan matlamat menuju kearah pemurnian dalam kehidupan berpaksikan kebenaran maka ulasan amat-amat dialu-alukan. Harapannya kita sama-sama membina matlamat ini. Ulasan yang terkeluar dari matlamat disiarkan juga kerana semuanya tidak sia-sia dijadikan. Namun ulasan yang membina matlama amat-amat dialu-alukan kerana semuanya berfaedah, ukuran dan ganjaran.