Wednesday, 8 June 2011

Ustaz Nik Abduh....Memurnikan PAS - [ i ]

Utusan Malaysia; hari ini Khamis, 9 Jun 2011 di halaman 6 memunculkan antara tajuknya, "Ulama gagal rancang gerak kerja"...Kemenangan golongan profesional pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57.

Tulisan Mohd. Asron Mustapha [ mohdasron.mustapha@utusan.com.my ]  itu mengutarakan pandangan Ustaz Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia.

Entah dimana dikutip pandangan Ustaz Nik Abduh itu Tok Hakim tak tahu kerana tulisnya, "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekalahan semua calon utama bagi jawatan Timbalan serta Naib Presiden, manakala daripada 18 jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang dipertandingkan pula, hanya lapan sahaja mampu diisi golongan itu".

Jika demikian kata Nik Abduh saya ucapkan, "syabas...tahniah"  kepada beliau dan saya salin  apa yang ditulis oleh saudara Mohd. Asron Mustapha.

[ 01 ]  Nik Abduh tampil  mendedahkan kelemahan golongan tersebut, meskipun sendiri berlatar belakangkan ulama.  
[ 02 ]  Nik Abduh menyatakan bahawa kelemahan ketara pemimpin Pas yang lahir daripada latar belakang ulama adalah gagal merancang gerak kerja parti secara  srategik dan sistemetik, berbanding golongan profesional sehingga membawa kekalahan teruk pada pemilihan kali ini.
[ 03 ]  Kegagalan itu menyebabkan para perwakilan berpendapat, golongan ulama tidak mempunyai keupayaan yang cukup mantap untuk menghadapi cabaran getir Pilihan Raya Umum ( PRU ) Ke-13, bagi merampas Putrajaya.
[ 04 ]  Kekalahan teruk tersebut mampu menyedarkan golongan ulamak agar segera mempersiapkan diri masing-masing bagi memastikan Pas kembali mengangkat dan meletakkan kepimpinan ulamak seperti sebelum ini pada pilihan raya akan datang.
[ 05 ] Golongan ulama ini rajin bekerja untuk parti tetapi mereka membuat kerja tanpa perancangan rapi sehingga hasilnya dilihat oleh perwakilan sebagai tidak memadai.
[ 06 ] Berbeza dengan golongan profesional yang gerak kerja mereka cukup tersusun dan penuh dengan strategi.
[ 07 ] Ini kelemahan ketara. Saya sendiri daripada latar belakang agama, tetapi kita kena akui hakikat ini.
[ 08 ] Ulama  tidak boleh lagi bekerja mengikut kaedah lama kerana senario politik pasca 2008 sudah jauh berbeza berbanding sebelum ini.
[ 09 ]  Yakin bahawa perubahan drastik yang berlaku cuma bersifat sementara kerana percaya keputusan minggu lalu adalah mesej peringatan daripada perwakilan kepada golongan ulama untuk lebih bersedia pada masa hadapan.
[ 10 ]  Mengenai dasar negara berkebajikan, perubahan tersebut hanya sebahagian daripada strategi parti. Soal kenapa perubahan itu dibuat tidak imbul kerana strategi parti harus selari dengan tuntutan dan keadaan semasa.
[ 11 ]  Apa yang penting, dasar dan matlamat Pas untuk menegakkan Islam di negara ini tidak berubah dan konsep kebajikan pula merupakan sebahagian dari negara Islam.

Itulah intipati pandangan Nik Abduh, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.Setiap pandangan sesiapa saja pasti ada pro dan kontranya.

Saya yang  dari awal lagi merasakan bahawa bagi memurnikan Pas saya mengucapkan "Syabas dan tahniah kepada Nik Abduh".  "Murninya jiwa anda terhadap PAS dan benarnya kefahaman anda dengan ISLAM"  

Hujjah dan alasan saya menyokong Nik Abduh nanti saya akan sebut akan datang. Untuk siri  'Memurnikan PAS [ 1 ]' saya berhenti setakat ini dan bersedia menerima pandangan mana-mana hamba Allah diatas reaksi saya itu. 
             

No comments:

Post a Comment

Dengan matlamat menuju kearah pemurnian dalam kehidupan berpaksikan kebenaran maka ulasan amat-amat dialu-alukan. Harapannya kita sama-sama membina matlamat ini. Ulasan yang terkeluar dari matlamat disiarkan juga kerana semuanya tidak sia-sia dijadikan. Namun ulasan yang membina matlama amat-amat dialu-alukan kerana semuanya berfaedah, ukuran dan ganjaran.