Sebaik saja saya melancarkan blog Tok Hakim, Bersama Memurnikan Kehidupan ini maka saya mengunjungi blog bekas PM yang popular itu, Tun Dr. Mahathir. Saya ternanti-nanti butiran buah fikirannya. Kelihatan masih tajuk yang lama, 7 Jun lalu, SIAPA MENANG SIAPA KALAH, mengulas tentang muktamar PAS, musuh beliau.
Lalu muncul ilham untuk kemukakan soalan. Mahathir - Karpal, Siapa Kalah dan Menang ?. Saya langsungkan jawapannya. Mudah saja, kedua-dua mereka telah kalah.
Karpal, telah kalah walau berjanggut kerana beliau tidak beriman kepada Rasulullah SAW dan kepada Allah SWT. Disebabkan tidak berimannya Karpal maka beliau mengatakan "langkah mayatnya dulu" dan menolak hukum hudud serta menentang penubuhan Negara Islam. Orang yang tidak beriman yang tentunya tidak faham tentang Islam biasalah jika bersikap demikian atau lebih lagi.
Dr. Mahathir pula yang mengaku beriman tapi tidak berjanggut seperti Rasulullah SAW kerana beliau memahami bahawa Rasulullah SAW berjanggut pada masa itu disebabkan tidak ada pisau cukur juga telah lama kalah kerana UMNO, yang memerintah Malaysia sejak 1957 tidak melaksanakan hukum hudud malah menolak dan menentang perlaksanaannya sepertimana termaklum keputusan resminya selaku Perdana Menteri Malaysia memberi amaran kepada Kerajaan Negeri Kelantan jika melaksanakan hukum hudud !
Beliau yang menjadi PM selama 22 tahun telah dikalahkan nafsunya, syaitan dan orang kafir kerana tidak mengistiharkan hukum al-Qur'an, al-Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias sebagai hukum tertinggi Negara Malaysia.
PAS telah mengistiharkan hukum tertinggi di Negeri Terengganu. Dimana menangnya Dr. Mahathir ? Dalam keadaan tidak faham tentang dakwah Islamiah dan strategi PAS beliau mengatakan PAS telah kalah ditangan Karpal sedangkan beliau telah lama memberi kemenangan kepada Karpal dan seumpamanya.
Kalau Dr. Mahathir telah mengalahkan Karpal sejak sekian lama dengan melaksanakan hukum Islam dizaman pemerintahannya, sudah lama PAS memberi kemenangan kepadanya. Dr. Mahathir dan bersama UMNO.
PAS akan dibubarkan jika UMNO mengalah kepada Allah SWT. Tetapi UMNO selamanya sentiasa mengalah kepada hukum jahiliah. Sudah separuh abad lebih UMNO tidak mahu mengalah kepada PAS yang mahu menegakkan Islam. Mengalahlah kepada Allah SWT.
Dr. Mahathir yang kalah tetapi kerana tidak memahami Islam seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi sentiasa syok sendiri, terasa menang dan kuat lalu menyindir sinis kepada PAS. Jika terasa menang dan menguasai dengan sebenarnya, silalah UMNO melaksanakan hukum Islam diMalaysia !. Tetapi UMNO telah kalah !
Akhirnya nafsu, syaitan dan orang kafir yang menguasai diri orang yang tidak mengenali Allah SWT dan Islam. Maka selamanya tiada kemurnian dalam kehidupan orang seperti ini.
Kemurnian haqiqi ialah kemenangan mendapat keredhaan Allah SWT diakhirat nanti. Hamba yang dapat melaksanakan hukum Allah SWT dalam kehidupan adalah hamba yang bertuah.
Sempena bulan Rejab yang mana Rasulullah SAW di israk dan di mi'rajkan ini amat bertuahlah jika kita sama-sama mengambil pengajaran dari kemuliaan mukjizat Rasulullah SAW tersebut.
Sesungguhnya, pada hukum Allah SWT itu amat adil dan tidak mampu oleh aqal manusia untuk memikirkan keadilan dan hikmahnya. Penyelesaiannya ialah dengan beriman.
Bersama Memurnikan Kehidupan dengan beriman kepada ajaranNya.

No comments:
Post a Comment
Dengan matlamat menuju kearah pemurnian dalam kehidupan berpaksikan kebenaran maka ulasan amat-amat dialu-alukan. Harapannya kita sama-sama membina matlamat ini. Ulasan yang terkeluar dari matlamat disiarkan juga kerana semuanya tidak sia-sia dijadikan. Namun ulasan yang membina matlama amat-amat dialu-alukan kerana semuanya berfaedah, ukuran dan ganjaran.