KEHIDUPAN adalah kepastian. KEMATIAN adalah kemestian. Justeru, bersama membina dan membentuk pengisian kehidupan. KEBENARAN memurnikan kehidupan. Kehidupan tanpa kebenaran adalah KEHANCURAN. KEBAHAGIAAN adalah impian dan harapan setiap INSAN dimana jua. AKHIRAT adalah ukuran haqiqi KEHIDUPAN.
Monday, 11 July 2011
Murnikan Otak Kita
Kali pertama saya mengunjungi blog http://azmykelanajaya.blogspot.com/ . Salam ...kepada saudara Azmy. Nanti saya akan ke FB beliau iaitu Azmy Awang Kelana Jaya.
Yang menariknya saya mempunyai persamaan dengan saudara Azmy. Apakah dia persamaan itu ? Rasanya tak penting untuk dicatat disini.
Walaupun ada persamaan, namun ada juga perbezaannya. Biasalah !. Dalam blognya saya menurunkan reaksi saya pada pandangan saudara Azmy . Untuk memahami pandangan saudara Azmy cukup mudah bila melihat tajuk pada blognya pada 11 July 2011 hari Isnin yang tertera, "CINA TAK PERNAH BERSYUKOR HIDUP DTANAH MELAYU !!! tuiHH !!.
Komen saya yang saya catat disini untuk supaya menjadi rekod blog saya iaitu:
Lebih baik Cina menzahirkan pendiriannya dari memendam rasa yang bahayanya mungkin akan mewujudkan kerja rahsia.
Selama mana kita boleh menyekat orang yang berilmu menyembunyikan pendiriannya.
Yang terbaiknya Melayu yang kedepan membaiki negaranya melalui demokrasi yang ada.
Kenapa nak nak disekat kearah kebaikan bersama ?.
Pelik Melayu UMNO menggunakan otaknya.
Untuk membendung kebangkitan yang lebih besar yang terbaiknya UBN menilai dan buat perubahan.
Layan apa yang dituntut walaupun tak semua.
Jangan kutuk rakyat ( PAS, PKR, DAP ) .....jangan angkuh.
Orang lain pun belajar.... cerdik juga.
Combine cerdik rakyat dan pemerintah apa salahnya ?
Itulah reaksi saya di blog saudara Azmy Awang Kelana Jaya.

Sunday, 10 July 2011
Saturday, 9 July 2011
Friday, 8 July 2011
Hati Kena Bersih......Bersihkan Hati !
BERSIH... Nampaknya semua hati "bersih". Dari DYMM. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, institusi yang paling atas dalam struktur kehidupan bernegara di Malaysia hingga kebawah, rakyat jelata yang dipimpin oleh pimpinan organisasi masing-masing telah menunjukkan hati "bersih" mahu memurnikan negara.
PAS, Pemuda UMNO, PKR dan Perkasa telah menunjukkan matlamat masing-masing. Yang paling radikal dalam mengutarakan matlamat masing-masing ialah Perkasa. Yang mula-mula 'buat kacau' ialah Presiden Perkasa. Kemudian diikuti dengan Pemuda UMNO yang nak tunjuk 'hero'.
Sebenarnya, UMNO amat takut dengan perhimpunan BERSIH. Perkasa pun demikian. Lalu BERSIH wajib dihalang kemaraannya. Perhimpinan 9 Julai mesti digagalkan. Jika rakyat seramai 2.0 juta dapat berhimpun maka persepsi dan fikrah rakyat Malaysia akan berubah.
Macam-macam provokasi, tekanan dan ugutan yang dilakukan terhadap BERSIH. Tahniah kepada para pemimpin BERSIH yang tegas dalam menjalani liku-liku perjuangan BERSIH.
Apa akan jadi kerana 9 Julai telah ditetapkan berbagai syarat oleh pihak PDRM. Untuk berhimpun di kota raya telah 'digagalkan' dan tercapai matlamat UBN. Alternatif untuk perhimpunan dibuat di Stadium Merdeka juga telah dihalang. Sejarah 'kemuliaan' Stadium Merdeka digembar-gembur. Dikaitkan dengan sejarah pembinaan sebelum merdeka untuk menggambarkan kemuliaan tersebut.
Kini akan dikotori oleh BERSIH yang kerjanya mengancam keselamatan negara konon. Para pemimpin BERSIH, PAS, PKR, Pemuda UMNO dan Perkasa tak dibenarkan pula masuk Kuala Lumpur.
Pelik Malaysia... Pelik pemimpinnya... Pelik !!!. Kena BERSIHkan dalam PRU 13 nanti. Kalau diserahkan mandat kepada pemimpin Malaysia yang ada maka Malaysia tetap akan KOTOR !

Wednesday, 6 July 2011
Murnikan Hubungan
Rakyat yang merasa tertekan dengan ketidakadilan UBN tentu akan marah dengan tindakan terkini parti pemerintah yang 'bermain' dengan rakyat. Rakyat yang mahu berhimpun telah mengisytiharkan bahawa perhimpunan itu akan diolah secara aman. Dinamakan perhimpunan itu perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang bererti bahawa perhimpunan itu akan diadakan secara aman dengan diharapkan penyertaannya seramai 2.0 juta dari sebahagian kecil rakyat Malaysia.
Apa yang penting yang hendak disampaikan oleh pihak BERSIH ialah untuk mempersembahkan memorendum kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agung. Kandungan memorendum itulah yang menjadi bahan perkiraan tertinggi pihak pemerintah UBN.
Kandungan memorundum itulah yang menjadi talian hayat UBN. Talian hayat itu telah diterima pakai selama 54 tahun. Selama 54 tahun memerintah dari Tanah Melayu hingga ke Malaysia dengan talian itulah. Dengan talian hayat itulah UBN menipu rakyat.

Saturday, 11 June 2011
SPBYDP Agung dan Ayah Cik Menang.... Daulat Tuanku .....Tahniah
Tahniah kepada pasukan Terengganu yang menang, menjuarai perlawanan akhir Piala FA mengalahkan Kelantan di Stadium Bukit Jalil, 2 - 1.
Pasukan Terengganu menjulang Piala FA yang disampaikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, Tuanku Sultan Mizan. Harapan, menang bola membawa alamat kepada kemenangan PAS diTerengganu dalam PRU 13 nanti, insyaAllah.
Kita bersangka baik kepada Allah SWT kerana telah menentukan takhdir demikian. Kepada pasukan yang sentiasa menang jangan sentiasa pula merasa sedap hati dan angkuh selamanya dan yang kalah jangan lemah semangat kerana tidak semestinya kalah selamanya. Semuanya tertakluk kepada usaha, doa dan takhdir.
Di Kelantan tahun 2004. PAS memerintah Kelantan dengan kelebihan DUN Kemuning. Hakikatnya di DUN Kemuning PAS menang dengan dua undi. Dua undi tentunya undi suami isteri, calun dan isterinya sendiri sebelum jadi YB. Begitulah hakikat perlawanan bahawa kalah menang bukan kerja hamba. Ia adalah kerja Yang Maha Kuasa.
Begitulah hakikat kehidupan kerana apa yang ada pada kita sebagai makhluk yang lemah ini. Keyakinan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa, Maha Menentukan telah menjadi aqidah murni kita selamanya.
Ahad, 10 Rejab 1432 H bersamaan 12 Jun 2011, AJK PAS Pusat bermesyuarat kali pertama selepas muktamar beberapa hari lalu. Keputusan penyusunan kabinet akan dibuat. Siapa yang akan diamanahkan jawatan Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung. Adakah masih Datuk Mustafa Ali dan Datuk Takiyuddin.
Siapa pula Bendahari Agung dan Ketua Penerangan PAS Pusat. Adakah Bendahari pada sesi yang lalu 2009 / 2011, Dr. Hatta Ramli yang mendapat undi kedua terbanyak [ 765 ] selepas Mazlan Aliman akan diamanahkan lagi untuk sesi 2011 / 2013 ini.
Adakah Mazlan Aliman dari Johor pula yang mendapat undi terbanyak [ 804 ] dalam AJK PAS Pusat akan diamanah sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat.
Saya merasakan Datuk Mustafa Ali masih diberi amanah jawatan Setiausaha Agung. Pengalaman beliau masih diperlukan. Ada hamba Allah mengatakan, terutama dari blogger Sayuti Omar[ http://www.msomelayu.blogspot.com/ ] yang amat sedap menyusun bahasa sinis dan tajam yang kadang-kadang terkeluar dari adab dan adat ketimuran bila beliau mengaitkan hubungan Tuan Guru Haji Hadi dengan Cikgu Pha. Kenapa sampai demikian ? WalLahu a'lam.
Saya masih ingat sentuhan berbisa dalam setiap pendirian dan ulasan Ustaz Idris Ahmad ketika beliau memegang Ketua Penerangan PAS Pusat. Banyak membantu kefahaman ahli-ahli PAS. Terasa berkembang fikrah yang berasaskan kebenaran kefahaman wahyu yang dikemukakan beliau. Beliau telah kalah dalam pertandingan Naib Presiden.
Mazlan Aliman layak diberi jawatan Ketua Penerangan jika dilihat dari keberkesanan kerja jihadnya dalam urusan kepenerokaan dan keFELDAan dan beliau mempunyai aset undi popular dikalangan AJK PAS Pusat. Peminatnya ramai diseluruh negara dalam PAS mungkin diambil kira juga.
Dato' Nik Mohd Amar pun layak sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat jika dilihat latarbelakang keilmuan beliau sebagai pensyarah. Penguasaan ilmu Islam seperti Ustaz Idris Ahmad penting untuk menjaga kesinambungan fikrah Islamiah. Dengan jawatan kanan dalam pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan sebagai Exco, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan boleh memberi kesan yang baik kepada sasaran dakwah dan penerangan PAS.
Bagi jawatan Bendahari Agung saya melihat al-Fadhil Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak layak bagi mengambil manfaat kelebihan nama Mentei Besar Kedah dan untuk kesinambungan pemerintahan PAS di Kedah. Undi AJK yang beliau dapat ditangga kelima dengan 721 dikira menggalakkan.
Esok hari penentuan kepada masa depan Ustaz Tuan Ibrahim, Ustaz Nasharuddin, Ustaz Idris Ahmad , YB. Datuk Nizar. Saya meyakini mereka dilantik sebagai AJK PAS Pusat.
Khusus kepada YB. Ustaz Nasharuddin beliau patut diberi peranan sebagai AJK PAS Pusat yang menjaga hal ehwal hubungan antarabangsa. Pengalamannya diperingkat antarabangsa semasa beberapa tahun memegang jawatan Timbalan Presiden PAS jangan disia-siakan oleh PAS.
Setiap anggota PAS, dari peringkat bawahan hingga atasan perlu menerima dan memandang serius apa yang diucapkan oleh Dato' Seri Presiden PAS ketika ucapan penangguhan bahawa, "...ini bukan Endrogan, ini Nik Aziz Hadi Awang". Nampaknya walaupun kata-kata Dato' Presiden PAS itu disambut sambil ketawa oleh perwakilan dan pendengar kerana seolah-olah beliau berseloroh tetapi ucapan itu dalam dan tajam mendasari makna dan tujuannya.
Bersatulah memurnikan PAS dengan kerja-kerja Islam sebagai bekal untuk hari kemudian. Yang telah memegang jawatan, laksanakan kerja jihad ini semaksima mungkin. Hayatilah sifat qanaah dengan jawatan yang ada. Usah memburu jawatan. Terimalah dan taatlah kepada keputusan jamaah dengan hati tulus dan murni. InsyaAllah.
Ujian pangkat dan jawatan amat ketara sekarang ini kerana semangat dan keyakinan untuk menguasai Putrajaya. Pangkat dan jawatan tetap menjadi milik anda kerana anda adalah barisan pimpinan. Tetapi ingat, keduniaan dan ketakabbur amat halus terselit dicelah-celah jawatan dan pangkat itu. Gelojoh sehingga mengenepikan saudara. Tamak sehingga memandang rendah kepada saudara cukup mengancam diri anda.
Ingat selalu firman Surah Al-Alaq ayat 5 dan 6 yang bermaksud, "Ingatlah ! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya)" [5] * "Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup kaya apa yang dihajatinya" [6] *Memang tabi'at kebanyakan manusia apabila ia mendapat kemewahan akan berlaku sombong dan tidak bersyukur [*:petikan...pimpinan ar-Rahman]
Ingatlah ! anda berada ditahap sekarang adalah kerana sokongan rakyat....sokongan dan kepercayaan ahli kepada Islam lalu tumpah tuah kepada anda. Mulia dan hebat anda sebagai pemimpin adalah kerana Islam. Al-Hamdulillah.
Jangan kesempatan dan peluang menguasai anda dan menyebabkan musuh, nasfu dan dunia menguasai anda. Jika anda dikuasai musuh, nafsu dan dunia maka andalah yang paling rugi. Rakyat sedang memerhati dengan pandangan yang tajam. Jangan kecewakan mereka !

Kelihatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung,
Tuanku Mizan dan disebelah kanan baginda ialah Sultan Muhammad Kelima.
Sebelah kiri baginda ialah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
yang menjadi penonton pemberi semangat kepada rakyat-rakyat baginda semua.

Kemurnian dalam PAS akan memurnikan Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia. ..... Islam akan mengambil tempatnya. Bersama Memurnikan Kehidupan dengan kebenaran. InsyaAllah.
Cadangan Mohamad Sabu - Memurnikan PAS [ iii ]
Cadangan kepada PAS boleh dikemuka oleh mereka yang berada dalam kerangka dan posisi yang diiktiraf oleh PAS. Cadangan itu mesti melalui organisasi PAS dari peringkat PAS Cawangan kepada PAS Kawasan. Itu tertib sesebuah pertubuhan.
Dari PAS Kawasan kepada PAS Perhubungan Negeri. Seterusnya sampai keperingkat PAS Pusat. Akhir sekali sampai ke Muktamar Tahunan PAS, medan perbincangan yang tertingi.
Berasaskan suasana diatas, maka persoalan kepimpinan PAS boleh dibincangkan lagi walaupun Muktamar PAS ke-57 telah berlalu. Saya menyokong cadangan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk memperkasakan Majlis Syura Ulama PAS. Diharap Mohamad Sabu ikhlas dan tidak agenda sampingan.
Mana-mana cadangan pasti mempunyai sebab kepada suatu cadangan itu. Diharap Mohamad Sabu ikhlas, murni jiwanya tanpa dipengaruhi elemen-eleman luar untuk menaikkan martabat Majlis Syura Ulama itu.
Dalam politik, jalan dan cabangnya amat banyak. Kadang-kadang bahasanya cantik tetapi punya tujuan untuk 'memotong atau mengerat' pihak lain !!. "Nauzubillahi minzalik". Saya tidak mahu membesarkan perbincangan tentang amalan tidak baik itu dan saya tidak menyifatkan demikian kepada Timbalan Presiden PAS. "Minta maaf abang Mad, jangan terasa pula".
Satu cadangan boleh di terjemah dan ditafsirkan dengan berbagai terjemahan dan tafsiran. Tak terkecuali cadangan Mohamad Sabu ini. Saya amat bersetuju cadangan dan hujjah beliau dihari akhir Muktamar Ke - 57 itu.
Seandainya cadangan Mohamad Sabu itu benar maksud dan tafsir sebagaimana yang dilafazkannya iaitu bukan bertujuan untuk meletakkan Majlis Syura Ulama 'dalam peti sejuk' dan dengan berada ditempat yang tinggi menjadikan Majlis Syura Ulama sentiasa kesejukan lalu kaku dan beku. Hanya meneropong dari atas semata.
Jika demikian keadaannya, maka tentunya PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat akan dikuasai oleh mereka yang selain dari latarbelakang pengajian agama atau keulamakan. Inikah hasrat tersirat Mohamad Sabu ?
Ukuran dan nilaian pencapaian kerja Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dinilai oleh Majlis Syura Ulamak dari sudut halal dan haram semata. Majlis Syura Ulama diminta duduk diam selagi tidak melakukan yang haram. Majlis Syura Ulamak hanya menjadi 'orang tua' yang hanya 'patut ada' dan hadhir dalam majlis tapi tidak buat kerja pun tidak mengapa.
Benar amalan demikian. Nampaknya telus tapi dengan amalan ini maka akan muncul masalah lain pula dalam PAS antara Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Untuk memajukan PAS maka PAS perlu disusun, dijaga dan digerakkan oleh semua pihak semaksima mungkin.
Oleh yang demikian, salah satu penyelesaiannya ialah kepada cadangan saya iaitu dengan penambahan anggota Naib Presiden dan polisi khusus untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Dari PAS Kawasan kepada PAS Perhubungan Negeri. Seterusnya sampai keperingkat PAS Pusat. Akhir sekali sampai ke Muktamar Tahunan PAS, medan perbincangan yang tertingi.
Bila dipersetujui maka akan dinaikkan ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka yang berada dalam organisasi PAS saya yakin mereka sentiasa mempunyai ilham-ilham yang baik untuk perjuangan Islam.
Namun kerana terpaksa melalui tahap-tahap tertentu maka ilham tersebut jadi terbatas. Dan ini sebahagian dari disiplin yang baik dalam sesebuah organisasi. Keterbatasan bukan menjumudkan cuma mereka yang berada diluar terpaksalah berbuat begini. Untung dapat bincang bersama seandainya terpandang kepada yang berminat.
Sedangkan ilham yang baik itu kadang-kadang muncul ketika kehangatan isu tertentu ditambah lagi kadang-kadang ilham untuk kebaikan PAS itu muncul dari mereka yang tidak berada diposisi yang diiktiraf PAS sedangkan mereka adalah pencinta kepada perjuangan PAS.
Mana-mana cadangan pasti mempunyai sebab kepada suatu cadangan itu. Diharap Mohamad Sabu ikhlas, murni jiwanya tanpa dipengaruhi elemen-eleman luar untuk menaikkan martabat Majlis Syura Ulama itu.
Dalam politik, jalan dan cabangnya amat banyak. Kadang-kadang bahasanya cantik tetapi punya tujuan untuk 'memotong atau mengerat' pihak lain !!. "Nauzubillahi minzalik". Saya tidak mahu membesarkan perbincangan tentang amalan tidak baik itu dan saya tidak menyifatkan demikian kepada Timbalan Presiden PAS. "Minta maaf abang Mad, jangan terasa pula".
Satu cadangan boleh di terjemah dan ditafsirkan dengan berbagai terjemahan dan tafsiran. Tak terkecuali cadangan Mohamad Sabu ini. Saya amat bersetuju cadangan dan hujjah beliau dihari akhir Muktamar Ke - 57 itu.
Seandainya cadangan Mohamad Sabu itu benar maksud dan tafsir sebagaimana yang dilafazkannya iaitu bukan bertujuan untuk meletakkan Majlis Syura Ulama 'dalam peti sejuk' dan dengan berada ditempat yang tinggi menjadikan Majlis Syura Ulama sentiasa kesejukan lalu kaku dan beku. Hanya meneropong dari atas semata.
Jika demikian keadaannya, maka tentunya PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat akan dikuasai oleh mereka yang selain dari latarbelakang pengajian agama atau keulamakan. Inikah hasrat tersirat Mohamad Sabu ?
Ukuran dan nilaian pencapaian kerja Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dinilai oleh Majlis Syura Ulamak dari sudut halal dan haram semata. Majlis Syura Ulama diminta duduk diam selagi tidak melakukan yang haram. Majlis Syura Ulamak hanya menjadi 'orang tua' yang hanya 'patut ada' dan hadhir dalam majlis tapi tidak buat kerja pun tidak mengapa.
Benar amalan demikian. Nampaknya telus tapi dengan amalan ini maka akan muncul masalah lain pula dalam PAS antara Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Untuk memajukan PAS maka PAS perlu disusun, dijaga dan digerakkan oleh semua pihak semaksima mungkin.
Oleh yang demikian, salah satu penyelesaiannya ialah kepada cadangan saya iaitu dengan penambahan anggota Naib Presiden dan polisi khusus untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Cadangan ini akan dibincangkan akan datang dalam 'Cadangan Saya - Memurnikan PAS [ iv ]' ...insyaAllah
Suasana disalah satu lokasi yang di sekitar Parlimen Kuala Terengganu yang diwakili oleh YB. Abdul Wahid Endut, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, pemimpin masa depan PAS Terengganu yang telah mengalahkan Che Wan yang hilang entah kemana tak kedengaran dan kelihatan batang hidung.
Kesian, sebelum bertanding di Kuala Terengganu ini telah berada di peringkat tinggi tapi itulah yang dikatakan pengorbanan... terkorban !. Peluang untuk muhasabah...untuk memurnikan kehidupan dengan al-Haq...insyaAllah.
Friday, 10 June 2011
Perkasakan PAS: Memurnikan PAS - [ ii ]
Muktamar PAS Ke - 57, 3 hingga 5 Jun, 2011 walaupun telah berlalu tapi masih rancak diperbincang tentangnya samada didalam atau diluar PAS.
Sempena bulan yang dianugerahi Allah SWT dengan Isra dan Mikraj ini saya juga ingin mengambil bahagian melontar idea dengan tujuan bagi memperkasa dan memurnikan gerakan PAS
Surah al-Mulk ayat 2, bermaksud, "DIA yang telah mentakdirkan mati dan hidup kamu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Ia [ Allah ] Maha Kuasa [ membalas amal kamu ], lagi Maha Pengampun [ bagi orang-orang yang bertaubat ]".
Ayat yang menjadi dasar dan panduan untuk memurnikan kehidupan orang-orang yang beriman apatah lagi orang yang berjihad dijalanNya ini perlu difahami dengan penuh keikhlasan untuk menggerakkan gerakan PAS.
Timbalan Presiden PAS yang baru dalam ucapan penangguhan mengesyorkan supaya Majlis Syura Ulama diperkasa dan dinaikkan martabat dengan memberi kuasa mengaudit dan pengawasan setiap ahli kepimpinan PAS termasuk akhlak dan prestasi kerja mereka.
Demi untuk menterjemah dan melahirkan, "...siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya..." yang merupakan saranan yang terbaik dari Allah SWT maka syor Mohamad Sabu itu patut disambut dan diambil perhatian yang tinggi sebagai "amalan yang ...(ahanu)..sebaiknya" demi untuk mewujudkan suatu suasana akhlak dan prestasi kerja yang 'ahsanu' dalam harakah PAS.
Dalam akhbar HARAKAH Bil 1647, 8 - 10 Rejab 1432 / 10 - 12 Jun 2011, melapurkan bahawa Dr. Harun Din menyambut baik syor Mohamad Sabu itu. Zahir alasan dilidah Mohamad Sabu dalam ucapannya sebagaimana lapuran HARAKAH bahawa, ekoran banyak tanggapan mendakwa kumpulan ulama sudah terhakis diperingkat kepimpinan PAS Pusat selepas berlakunya perubahan pucuk pimpinan dalam pimpinan kali ini, maka 'penambahan kuasa' kepada Majlis Syura Ulama di cadangkan.
Benar pandangan dan harapan Mohamad Sabu bahawa, "PAS meletakkan ulama paling tinggi dalam Majlis Syura Ulama dan mereka inilah yang akan memproses ahli PAS menjadi pejuang sebenarnya".
Jelas Muhamad Sabu, "Parti lawan hanya mengangkat ulama duduk dalam biro ( lajnah ) sahaja" yang merupakan penjelasan dan perbezaan dasar antara dua parti PAS dan UMNO.
Selain bersetuju dengan saranan Timbalan Presiden PAS itu akan dengan hujjah yang saya akan kemukan akan datang ...insyaAllah, saya juga mempunyai ilham untuk memurni dan memperkasakan PAS dengan menyatakan bahawa PAS perlu:
[1] Menambah jumlah bilangan Naib Presiden kepada enam dan
[2] Menambah sebuah dewan lagi iaitu Dewan Profesional PAS Malaysia.
[3] Polisi tetap terhadap jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS
Juga hujjah kepada cadangan ini akan dikemukakan dalam siri-siri 'Memurnikan PAS' akan datang...insyaAllah.
Sesungguhnya, setiap mereka yang memahami Islam dan perjuangannya sentiasa bersedia untuk memikirkan bagaimana untuk memurni dan memperkasakan PAS.
Seharusnya, hanya keikhlasan yang menjadi asas kepada ' ahsanul 'amalan ' ini.

Wednesday, 8 June 2011
Ustaz Nik Abduh....Memurnikan PAS - [ i ]
Utusan Malaysia; hari ini Khamis, 9 Jun 2011 di halaman 6 memunculkan antara tajuknya, "Ulama gagal rancang gerak kerja"...Kemenangan golongan profesional pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57.
Tulisan Mohd. Asron Mustapha [ mohdasron.mustapha@utusan.com.my ] itu mengutarakan pandangan Ustaz Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia.
Entah dimana dikutip pandangan Ustaz Nik Abduh itu Tok Hakim tak tahu kerana tulisnya, "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekalahan semua calon utama bagi jawatan Timbalan serta Naib Presiden, manakala daripada 18 jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang dipertandingkan pula, hanya lapan sahaja mampu diisi golongan itu".
Jika demikian kata Nik Abduh saya ucapkan, "syabas...tahniah" kepada beliau dan saya salin apa yang ditulis oleh saudara Mohd. Asron Mustapha.
[ 03 ] Kegagalan itu menyebabkan para perwakilan berpendapat, golongan ulama tidak mempunyai keupayaan yang cukup mantap untuk menghadapi cabaran getir Pilihan Raya Umum ( PRU ) Ke-13, bagi merampas Putrajaya.
[ 04 ] Kekalahan teruk tersebut mampu menyedarkan golongan ulamak agar segera mempersiapkan diri masing-masing bagi memastikan Pas kembali mengangkat dan meletakkan kepimpinan ulamak seperti sebelum ini pada pilihan raya akan datang.
[ 05 ] Golongan ulama ini rajin bekerja untuk parti tetapi mereka membuat kerja tanpa perancangan rapi sehingga hasilnya dilihat oleh perwakilan sebagai tidak memadai.
[ 06 ] Berbeza dengan golongan profesional yang gerak kerja mereka cukup tersusun dan penuh dengan strategi.
[ 07 ] Ini kelemahan ketara. Saya sendiri daripada latar belakang agama, tetapi kita kena akui hakikat ini.
[ 08 ] Ulama tidak boleh lagi bekerja mengikut kaedah lama kerana senario politik pasca 2008 sudah jauh berbeza berbanding sebelum ini.
[ 09 ] Yakin bahawa perubahan drastik yang berlaku cuma bersifat sementara kerana percaya keputusan minggu lalu adalah mesej peringatan daripada perwakilan kepada golongan ulama untuk lebih bersedia pada masa hadapan.
[ 10 ] Mengenai dasar negara berkebajikan, perubahan tersebut hanya sebahagian daripada strategi parti. Soal kenapa perubahan itu dibuat tidak imbul kerana strategi parti harus selari dengan tuntutan dan keadaan semasa.
[ 11 ] Apa yang penting, dasar dan matlamat Pas untuk menegakkan Islam di negara ini tidak berubah dan konsep kebajikan pula merupakan sebahagian dari negara Islam.
Tulisan Mohd. Asron Mustapha [ mohdasron.mustapha@utusan.com.my ] itu mengutarakan pandangan Ustaz Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia.
Entah dimana dikutip pandangan Ustaz Nik Abduh itu Tok Hakim tak tahu kerana tulisnya, "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekalahan semua calon utama bagi jawatan Timbalan serta Naib Presiden, manakala daripada 18 jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang dipertandingkan pula, hanya lapan sahaja mampu diisi golongan itu".
Jika demikian kata Nik Abduh saya ucapkan, "syabas...tahniah" kepada beliau dan saya salin apa yang ditulis oleh saudara Mohd. Asron Mustapha.
[ 01 ] Nik Abduh tampil mendedahkan kelemahan golongan tersebut, meskipun sendiri berlatar belakangkan ulama.
[ 02 ] Nik Abduh menyatakan bahawa kelemahan ketara pemimpin Pas yang lahir daripada latar belakang ulama adalah gagal merancang gerak kerja parti secara srategik dan sistemetik, berbanding golongan profesional sehingga membawa kekalahan teruk pada pemilihan kali ini.[ 03 ] Kegagalan itu menyebabkan para perwakilan berpendapat, golongan ulama tidak mempunyai keupayaan yang cukup mantap untuk menghadapi cabaran getir Pilihan Raya Umum ( PRU ) Ke-13, bagi merampas Putrajaya.
[ 04 ] Kekalahan teruk tersebut mampu menyedarkan golongan ulamak agar segera mempersiapkan diri masing-masing bagi memastikan Pas kembali mengangkat dan meletakkan kepimpinan ulamak seperti sebelum ini pada pilihan raya akan datang.
[ 05 ] Golongan ulama ini rajin bekerja untuk parti tetapi mereka membuat kerja tanpa perancangan rapi sehingga hasilnya dilihat oleh perwakilan sebagai tidak memadai.
[ 06 ] Berbeza dengan golongan profesional yang gerak kerja mereka cukup tersusun dan penuh dengan strategi.
[ 07 ] Ini kelemahan ketara. Saya sendiri daripada latar belakang agama, tetapi kita kena akui hakikat ini.
[ 08 ] Ulama tidak boleh lagi bekerja mengikut kaedah lama kerana senario politik pasca 2008 sudah jauh berbeza berbanding sebelum ini.
[ 09 ] Yakin bahawa perubahan drastik yang berlaku cuma bersifat sementara kerana percaya keputusan minggu lalu adalah mesej peringatan daripada perwakilan kepada golongan ulama untuk lebih bersedia pada masa hadapan.
[ 10 ] Mengenai dasar negara berkebajikan, perubahan tersebut hanya sebahagian daripada strategi parti. Soal kenapa perubahan itu dibuat tidak imbul kerana strategi parti harus selari dengan tuntutan dan keadaan semasa.
[ 11 ] Apa yang penting, dasar dan matlamat Pas untuk menegakkan Islam di negara ini tidak berubah dan konsep kebajikan pula merupakan sebahagian dari negara Islam.
Itulah intipati pandangan Nik Abduh, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.Setiap pandangan sesiapa saja pasti ada pro dan kontranya.
Saya yang dari awal lagi merasakan bahawa bagi memurnikan Pas saya mengucapkan "Syabas dan tahniah kepada Nik Abduh". "Murninya jiwa anda terhadap PAS dan benarnya kefahaman anda dengan ISLAM"

Hujjah dan alasan saya menyokong Nik Abduh nanti saya akan sebut akan datang. Untuk siri 'Memurnikan PAS [ 1 ]' saya berhenti setakat ini dan bersedia menerima pandangan mana-mana hamba Allah diatas reaksi saya itu.
Mahathir - Karpal, Siapa Kalah Dan Menang ?
Sebaik saja saya melancarkan blog Tok Hakim, Bersama Memurnikan Kehidupan ini maka saya mengunjungi blog bekas PM yang popular itu, Tun Dr. Mahathir. Saya ternanti-nanti butiran buah fikirannya. Kelihatan masih tajuk yang lama, 7 Jun lalu, SIAPA MENANG SIAPA KALAH, mengulas tentang muktamar PAS, musuh beliau.
Lalu muncul ilham untuk kemukakan soalan. Mahathir - Karpal, Siapa Kalah dan Menang ?. Saya langsungkan jawapannya. Mudah saja, kedua-dua mereka telah kalah.
Karpal, telah kalah walau berjanggut kerana beliau tidak beriman kepada Rasulullah SAW dan kepada Allah SWT. Disebabkan tidak berimannya Karpal maka beliau mengatakan "langkah mayatnya dulu" dan menolak hukum hudud serta menentang penubuhan Negara Islam. Orang yang tidak beriman yang tentunya tidak faham tentang Islam biasalah jika bersikap demikian atau lebih lagi.
Dr. Mahathir pula yang mengaku beriman tapi tidak berjanggut seperti Rasulullah SAW kerana beliau memahami bahawa Rasulullah SAW berjanggut pada masa itu disebabkan tidak ada pisau cukur juga telah lama kalah kerana UMNO, yang memerintah Malaysia sejak 1957 tidak melaksanakan hukum hudud malah menolak dan menentang perlaksanaannya sepertimana termaklum keputusan resminya selaku Perdana Menteri Malaysia memberi amaran kepada Kerajaan Negeri Kelantan jika melaksanakan hukum hudud !
Beliau yang menjadi PM selama 22 tahun telah dikalahkan nafsunya, syaitan dan orang kafir kerana tidak mengistiharkan hukum al-Qur'an, al-Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias sebagai hukum tertinggi Negara Malaysia.
PAS telah mengistiharkan hukum tertinggi di Negeri Terengganu. Dimana menangnya Dr. Mahathir ? Dalam keadaan tidak faham tentang dakwah Islamiah dan strategi PAS beliau mengatakan PAS telah kalah ditangan Karpal sedangkan beliau telah lama memberi kemenangan kepada Karpal dan seumpamanya.
Kalau Dr. Mahathir telah mengalahkan Karpal sejak sekian lama dengan melaksanakan hukum Islam dizaman pemerintahannya, sudah lama PAS memberi kemenangan kepadanya. Dr. Mahathir dan bersama UMNO.
PAS akan dibubarkan jika UMNO mengalah kepada Allah SWT. Tetapi UMNO selamanya sentiasa mengalah kepada hukum jahiliah. Sudah separuh abad lebih UMNO tidak mahu mengalah kepada PAS yang mahu menegakkan Islam. Mengalahlah kepada Allah SWT.
Dr. Mahathir yang kalah tetapi kerana tidak memahami Islam seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi sentiasa syok sendiri, terasa menang dan kuat lalu menyindir sinis kepada PAS. Jika terasa menang dan menguasai dengan sebenarnya, silalah UMNO melaksanakan hukum Islam diMalaysia !. Tetapi UMNO telah kalah !
Akhirnya nafsu, syaitan dan orang kafir yang menguasai diri orang yang tidak mengenali Allah SWT dan Islam. Maka selamanya tiada kemurnian dalam kehidupan orang seperti ini.
Kemurnian haqiqi ialah kemenangan mendapat keredhaan Allah SWT diakhirat nanti. Hamba yang dapat melaksanakan hukum Allah SWT dalam kehidupan adalah hamba yang bertuah.
Sempena bulan Rejab yang mana Rasulullah SAW di israk dan di mi'rajkan ini amat bertuahlah jika kita sama-sama mengambil pengajaran dari kemuliaan mukjizat Rasulullah SAW tersebut.
Sesungguhnya, pada hukum Allah SWT itu amat adil dan tidak mampu oleh aqal manusia untuk memikirkan keadilan dan hikmahnya. Penyelesaiannya ialah dengan beriman.
Bersama Memurnikan Kehidupan dengan beriman kepada ajaranNya.

Bersama Memurnikan Kehidupan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Salam
Segala Puji-Pujian kehadrat Ilahi, Yang Maha Sempurna, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam kepada junjungan baginda Rasulullah SAW. afhdalul makhluqat, insan yang membawa rahmat kesekelian alam serta para ahlil bait dan sahabat baginda radiallahu 'anhum ajmain yang bersama memperjuangkan Islam, deen-ul-haq dan kepada para pengikutnya, ahli sunnah wal jamaah disekelian alam hingga keakhir nanti. Amin.
Sempena bulah Rejab yang mulia ini saya memulakan BERSAMA MEMURNIKAN KEHIDUPAN, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bila Rejab adalah salah satu dari program Allah SWT untuk memurnikan insan. Rasulullah SAW adalah segalanya dalam usaha memurnikan kehidupan insan. Baginda diutuskan sebagai "pembawa rahmat kesekelian alam" "....subhanalLAH...."

Bersama Memurnikan Kehidupan adalah bersumber dari suatu kesedaran dan keinsafan serta harapan yang tinggi. Dari suasana itu muncullah suatu seruan. Saya menyedari bahawa kehidupan ini tidak boleh bersendirian. Kita saling memerlukan. Yang telah berada dalam kesedaran dan keinsafan bererti telah membina harapan. Ia suatu kejayaan. Al-Hamdulillah.
Saya menyeru diri saya moga-moga kehidupan saya sekarang didunia ini benar-benar murni. Juga saya menyeru supaya kehidupan anda juga benar-benar murni. Kita jadikan diri kita bersama-sama murni. Jadikan diri kita sama-sama berada dalam suatu kesedaran dan keinsafan yang menumbuhkan harapan yang mulia.
Moga-moga diri kita berada dalam kerohanian yang berasaskan suatu keikhlasan yang tinggi dan sebenarnya. Tanpa keikhlasan tidak akan muncul kebaikan. Gagallah proses dan pembentukan pemurniaan.
Akhirnya gagallah kehidupan. Tiada kedukacitaan jika gagal didunia tetapi yang ditakuti dan dibimbangi ialah kegagalan dan kehancuran diakhirat nanti. Persoalan akhirat adalah persoalan masa depan yang sebenarnya. Antara kita terdapat mereka yang tidak meyakini dan sensitif dengan akhirat.
Sedangkan akhirat adalah tunjang. Allah SWT memerintahkan agar kita menjadikan akhirat sebagai tunjang kehidupan kita. Lalu fahamlah kita bahawa tunjang kemurnian ialah akhirat.
Pembinaan fikiran dan hati yang sentiasa keakhiratan adalah suatu pembinaan yang bukan mudah. Pembinaannya memerlukan jiwa dan fikiran yang bersih dan suci....murni. Saya menyeru diri saya dan anda bersama memurnikan diri.
Dari fikiran dan hati dengan penuh kesedaran dan keinsafan kita bersama mengharungi cabaran keduniaan. Cabaran yang ada dimana-mana disetiap penjuru kehidupan. Kita murnikan aktiviti kita dalam segenap hal dan keadaan. InsyaAllah.
Murninya hati dengan 'rumah Allah' menjadi asas pembinaan selepas menerima dan mengaku ketuhanan Allah. Atas kefahaman inilah saya memasukkan gambar 'rumah Allah' di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan diatas dan menara Masjid Perpaduan di Rantau Panjang, Kelantan Darul Naim sebagai penarik hati dan fikiran menuju kemurnian
Selamat menuju kemurnian dalam kehidupan. Amin
Subscribe to:
Comments (Atom)